Wednesday, July 11, 2012

FEEL GOOD ANYWAY~

Musim2 intern ni, ramai yang terganggu emosi....

"Sesungguhnya aku melarang dua ucapan yang bodoh lagi tercela; keluhan ketika mendapat nikmat dan umpatan ketika mendapat musibah"
~Dr Aidh Abdullah Al-Qarni
*emosi dan perasaan akan bergolak di sebabkan dua perkara iaitu kegembiraan yang melonjak dan musibah yang dahsyat.

Emosi yang tidak dikawal hanya akan meletihkan, menyakitkan dan meresahkan diri dan cenderung untuk bertindak membuta tuli mengikut nafsu tanpa sebarang kawalan.


Bila kita dilanda masalah, fikiran jadi berserabut, tak keruan dan jadi buntu. Sebab terlalu berfikir ditambah lagi dengan emosi, membuatkan lebih 'syok' untuk melayan masalah.

Masalah bersifat sementara. Ia akan kekal jika terus jadi beremosi, tertekan, geram dan kesal sebab dilanda masalah.

Memilih untuk berfikir sebegitu akan membuatkan semakin dilanda masalah tanpa disedari. Cara terbaik, kawal emosi, kawal mood dan cuba berada dalam fikiran yang tenang.

Dalam keadaan yang gembira, seseorang itu akan menikmati dan meraikan kegembiraan yang dialami dengan berlebihan sehingga lupakan Allah SWT.

Tukar emosi Anda dan tukar mood kepada yang lebih positif, cuba untuk jadi ceria (walaupun sekarang Anda murung sebab bermasalah) dan berusaha untuk menyelesaikan masalah yang melanda, langkah demi langkah diringi oleh doa yang tak pernah putus.



just remember~